Skip to content
Integra Solid Integra Solid
Toggle sidebar

Navigate

Claude Code 101: 13 Konsep Penting Dalam Video Pendek

13 konsep penting Claude Code dalam video pendek: worktree, subagent, skills, effort dan lagi. Rumusan mudah untuk programmer yang nak guna Claude Code dengan betul.

Fathur at Integra Solid

Claude Code 101: 13 Konsep Penting Dalam Video Pendek

Ramai programmer install Claude Code, cuba beberapa prompt, lepas tu stuck bila projek jadi besar. Biasanya bukan sebab Claude tak power. Sebab kita belum faham beberapa konsep asas yang buat beza besar.

Kat YouTube Integra Solid, kita dah buat siri video pendek Claude Code 101 Lessons. Setiap satu bawah seminit, satu konsep je. Dalam post ni kita rumuskan video-video tu satu per satu dengan penerangan yang simple. Tonton videonya terus kat sini.

1. Claude Dumb Zone

Tonton di YouTube

Context window Claude ada had. Bila perbualan dah terlalu panjang dan penuh, kualiti jawapan mula jatuh. Claude lupa arahan awal dan buat kesilapan yang tak sepatutnya. Itulah "dumb zone". Penyelesaiannya, jangan biar satu sesi berjalan terlalu lama. Mulakan sesi baru untuk task baru, atau compact context bila dah panjang.

2. Cara Handoff context ke session dan agent lain

Tonton di YouTube

Bila sesi dah panjang tapi kerja belum siap, kita buat handoff. Minta Claude tulis ringkasan apa yang dah siap, apa yang tinggal, dan keputusan penting yang dah dibuat. Lepas tu sambung dalam sesi baru dengan context yang bersih. Kita tak hilang progress dan tak terperangkap dalam dumb zone.

3. Cara guna CLAUDE.md

Tonton di YouTube

CLAUDE.md ialah fail yang Claude baca setiap kali mula sesi. Untuk projek Laravel, kita letak info penting dalam tu: versi Laravel, struktur folder, convention yang kita guna, dan command untuk run test. Dengan itu Claude faham projek kita dari awal tanpa kita terangkan berulang-ulang.

4. Konsep Effort

Tonton di YouTube

Effort menentukan berapa banyak Claude berfikir sebelum menjawab. Task mudah macam rename variable cukup dengan effort rendah, lebih laju dan jimat token. Task susah macam design architecture patut guna effort tinggi. Jangan guna setting tertinggi untuk semua benda.

5. Claude Skills

Tonton di YouTube

Kalau kita asyik tulis arahan yang sama setiap kali, simpan dalam satu fail SKILL.md. Contohnya cara kita nak code review, atau format commit message. Claude akan load skill tu bila relevan. Tulis sekali, guna banyak kali.

6. Cara Subagent Berkerja

Tonton di YouTube

Subagent ni kita boleh bagi satu peranan tertentu, macam reviewer, penulis test, atau penyelidik codebase. Setiap subagent ada context sendiri, jadi sesi utama kita kekal bersih. Ini juga salah satu cara elak dumb zone.

7. Cara multi Subagent Berkerja

Tonton di YouTube

Bila ada beberapa task yang tak bergantung antara satu sama lain, Claude boleh hantar beberapa subagent serentak. Contohnya, satu cari bug, satu tulis test, satu semak dokumentasi. Siap lebih cepat berbanding buat satu demi satu.

8. Claude Skill vs Subagent

Tonton di YouTube

Dua benda ni nampak serupa tapi lain fungsi. Skill ialah set arahan atau playbook yang Claude baca bila perlu, dan dia jalan dalam perbualan yang sama. Subagent pula pekerja berasingan dengan context sendiri. Senang ingat: skill ajar Claude cara buat sesuatu, subagent hantar orang lain buat kerja tu.

9. Multiple Session Conflict

Tonton di YouTube

Bila kita buka dua sesi Claude Code atas folder yang sama, dua-dua boleh edit fail yang sama. Hasilnya, satu sesi tulis atas kerja sesi yang lain, atau code jadi bercampur. Cara elak: asingkan setiap sesi dalam folder sendiri. Ini sebab konsep worktree tadi penting.

10. Worktree Concept

Tonton di YouTube

Biasanya satu repo ada satu folder. Kalau nak tukar branch, semua fail dalam folder tu berubah. Git worktree bagi kita buka beberapa folder dari repo yang sama, setiap satu atas branch berbeza. Jadi kita boleh kerja atas dua feature serentak tanpa switch-switch branch.

11. Git Branch vs Worktree

Tonton di YouTube

Branch ialah garisan kerja dalam satu folder. Worktree ialah folder berasingan yang checkout branch lain dari repo yang sama. Kalau kerja solo dan satu task pada satu masa, branch dah cukup. Kalau nak jalankan beberapa sesi Claude serentak, worktree lebih selamat.

12. Claude Code + Chrome

Tonton di YouTube

Claude Code boleh disambungkan dengan Chrome. Claude boleh buka page yang dia baru bina, tengok sendiri hasilnya, dan baiki kalau ada yang tak kena. Kita tak perlu lagi screenshot dan copy-paste error ke terminal setiap kali.

13. Konsep Effort Ultracode

Tonton di YouTube

Ultracode ialah setting dalam Claude Code yang kita hidupkan dengan /effort ultracode. Dia gabungkan effort xhigh dengan orchestration automatik. Maksudnya, untuk task yang besar, Claude sendiri putuskan nak hantar sekumpulan subagent kerja serentak. Power untuk kerja besar macam migrasi atau semak seluruh codebase, tapi guna token lebih banyak. Untuk edit kecil, tak perlu hidupkan.

Nak Belajar Lebih Lanjut?

Video-video ni cuma pengenalan sahaja. Dalam 30 saat, kita boleh kenalkan satu konsep, tapi belum sempat tunjuk macam mana nak gabungkan semuanya dalam projek sebenar.

Kalau kita programmer dan nak guna Claude Code dengan betul dalam kerja harian, sertai siri Claude Code 101 for Programmer. Kat sana kita praktikkan worktree, subagent, skills, CLAUDE.md dan pengurusan context atas projek sebenar, step by step.

Daftar Claude Code 101 for Programmer di sini

Nak tengok semua video pendek tadi sekaligus? Layari playlist Claude Code 101 Lessons di YouTube Integra Solid Solution.

Share this article

Comments

0 comments

No comments yet. Start the conversation.

to join the conversation.

Output

Put this to work in your business.

Tell us which task eats your team's week on a free call — or learn to build it yourself in a live class, on Zoom, in Bahasa Melayu.