Automasi Kerja dengan Claude
Claude Agentic Staff - Third Edition - Bina pasukan AI Staff untuk mudahkan kerja dan urusan bisnes anda
- Tarikh
- Wed, 18 Nov
- Masa
- 8:30 PM – 11:30 PM · 3 jam
- Format
- Live dalam talian · Bahasa Melayu
Dari RM 89.00
Integra Solid
Navigate
Nak siapkan kerja lebih cepat, bina app tanpa coding, atau ada pasukan AI staff sendiri? Pilih matlamat anda dan ikut roadmap ke sana, dengan kelas live dalam Bahasa Melayu.
Automasi Kerja dengan Claude
Claude Agentic Staff - Third Edition - Bina pasukan AI Staff untuk mudahkan kerja dan urusan bisnes anda
Dari RM 89.00
Apa yang paling anda nak capai?
Soalan 1 / 2Anda pernah menulis kod?
Soalan 2 / 2Tak perlu latar belakang teknikal. Anda belajar menulis arahan yang betul, dan terus guna Claude untuk e-mel, laporan, idea dan analisis.
Kenal Claude Mula di sini
Apa Claude boleh dan tak boleh buat, cara daftar, dan model mana untuk kerja apa.
Prompt yang menjadi
Beri konteks, tetapkan format dan perbaiki jawapan sampai hasilnya tepat.
Kerja harian
E-mel, ringkasan dokumen, analisis data dan perancangan, semuanya dengan Claude.
Projects & memori
Simpan konteks supaya Claude kenal bisnes dan gaya penulisan anda.
Terangkan apa yang anda mahu dalam bahasa biasa dan Claude Code tulis kodnya. Anda belajar mengarah, menguji dan menerbitkan hasilnya.
Idea ke rancangan Mula di sini
Tukar idea kasar kepada skop jelas supaya Claude tahu apa nak dibina.
Website pertama
Bina dan ubah halaman web dengan arahan ringkas.
Aplikasi web pertama
Tambah borang, data dan log masuk sampai app berfungsi.
Git, GitHub & live
Simpan kerja dengan selamat dan terbitkan untuk dilihat orang.
Serahkan kerja edit yang leceh kepada Claude, dan terangkan animasi yang anda mahu supaya Claude menghasilkannya, untuk iklan, penerangan produk dan kandungan media sosial.
Skrip & storyboard
Rancang video sebelum merakam.
Potong & susun klip
Biar Claude uruskan kerja edit yang berulang.
Motion graphics dari arahan
Terangkan animasi dan Claude tulis kod yang menghasilkannya.
Sari kata & eksport
Siapkan sari kata dan saiz yang tepat untuk setiap platform.
Anda dapat semula masa untuk pelanggan dan jualan. AI staff anda menyiapkan invois, mengatur jadual dan menyiarkan kandungan media sosial, dan anda cuma meluluskan.
Cari kerja yang boleh diautomasi Mula di sini
Kenal pasti kerja berulang yang makan masa anda setiap minggu, dan mula dengan yang paling besar kesannya.
AI staff pertama anda
Siapkan satu pembantu yang menguruskan satu tugas dari awal hingga akhir, dan uji sehingga anda boleh bergantung padanya.
Berhubung dengan alat anda
Sambungkan kepada kalendar, e-mel, invois dan dokumen supaya kerja berlaku tanpa anda salin dan tampal.
Pasukan yang berjalan sendiri
Beberapa AI staff bekerjasama, dan anda meluluskan sebelum apa-apa dihantar kepada pelanggan.
Claude membantu anda mengenal pelanggan, menulis copy yang menjual, merancang kandungan dan membaca keputusan iklan, supaya setiap ringgit bajet pemasaran memberi hasil.
Kenal pelanggan & tawaran
Tentukan siapa pelanggan anda dan apa yang membuatkan mereka membeli.
Copy & kandungan
Tulis iklan, caption dan e-mel yang jelas dalam suara jenama anda.
Kempen iklan
Rancang sasaran, bajet dan variasi iklan sebelum anda mula membelanjakan wang.
Analisis & penambahbaikan
Baca angka kempen, cari apa yang berjaya dan ulang yang terbaik.
Claude Code membaca repo anda, menulis dan mengubah kod, menjalankan test dan membantu review, sambil anda kekal memegang kawalan.
Setup & asas Mula di sini
Pasang Claude Code, fahami cara ia membaca projek dan sempadan permissions.
CLAUDE.md & konteks
Ajar Claude konvensyen projek supaya kodnya sepadan dengan codebase anda.
Bina, uji, refactor
Dari feature baharu ke bug fix: tulis test, jalankan, ulang sampai lulus.
Subagent, hooks & MCP
Automasikan kerja berulang dan sambung Claude ke alat yang anda guna.
“Alhamdulillah, dapat hasilkan web app dari A-Z. Sangat sesuai orang yang pertama kali nak belajar & buat.”
“The best!”
“Alhamdulillah.memamg ini ksuus agent yg sy cari. Ada cif & anak buah. Jumpa akhirnya. Berbaloi sgt join.”
“Banyak benda baharu dipelajari. Untuk kelas malam cadangan 3 jam - 3 jam setengah.”
“Kursus agent praktikal yang terbaik.”
“Cikgu menerangkan dengan sangat terbaik”
Tempat terhad setiap edisi. Tempah awal untuk pastikan slot anda.
Live & interaktif
Kelas live di Zoom. Tanya terus, dapat jawapan terus.
Bahasa Melayu
Konsep teknikal diterangkan dalam bahasa yang anda faham.
100% hands-on
Anda buat sendiri sepanjang kelas dan balik dengan hasil sebenar.
Boleh. Laluan kerja harian dan bina website atau app direka untuk orang yang tak pernah coding. Pilih laluan ikut matlamat, bukan ikut tahap.
Kelas dijalankan secara live dalam talian. Pautan dan arahan persediaan dihantar selepas anda mendaftar.
Bergantung pada kelas. Keperluan akaun dan perisian dinyatakan dalam halaman setiap kelas sebelum anda membayar.
Jawab kuiz 2 soalan di bahagian "Anda nak belajar Claude untuk apa?". Kalau masih ragu, hubungi kami dan kami cadangkan laluan yang sesuai.
Boleh. Kami jalankan latihan tertutup untuk pasukan, disesuaikan dengan alat dan proses syarikat anda.
Pilih laluan, tempah tempat, dan datang dengan laptop. Selebihnya kita buat sama-sama.