Design with Claude - Second Edition
Sebenarnya fungsi web app kita dah canggih. Tapi design nampak biasa sahaja. Tak cantik. Lepastu UX tak mesra pengguna. Pelanggan jadi tidak berminat untuk terus guna. Rugilah potensi app kita. Dalam kelas ni, kita belajar gunakan Claude untuk improve UI dan juga UX aplikasi kita.
About this event
Design aplikasi anda tidak menarik? Susah nak guna? AI Slop design?
Sebenarnya fungsi aplikasi kita dah canggih. Tapi design nampak biasa sahaja. Tak cantik. Lepastu UX tak mesra pengguna. Pelanggan jadi tidak berminat untuk terus guna. Rugilah usaha kita susah payah bina app tapi pelangggan tidak mahu guna.
Kita dah cuba guna Claude atau AI lain untuk cantikkan UI aplikasi kita, tapi hasil masih tidak seperti kita harapkan. UI masih nampak AI slop, dan juga banyak feature masih susah untuk digunakan.
Jangan risau. Dalam kelas ni, kita akan belajar guna Claude Code dan Claude Design untuk hasilkan design UI yang cantik dan professional dan juga belajar cara jadikan applikasi kita mesra pengguna.
Apa yang kita belajar
1. Hasilkan multiple design variation sekali gus dan pilih yang terbaik.
2. Optimize design ikut siapa audience dan role. Barulah UX terbaik!
3. Upgrade design pada codebase sedia ada. Dari design buruk kepada design cantik!
4. Cara gunakan special MCP untuk dapatkan idea dan inspiration dari world class app.
5. Cara guna Claude Design untuk hasilkan custom design bagi aplikasi dan web
Case Study 1 - Optimize UX
Antara topik dalam kelas Design With Claude, kita akan gunakan Claude untuk kenal pasti apa yang tak kena dengan UI aplikasi kita.
Contohnya UI di bawah ni. Cuba tengok pada bahagian Bundle with Design, dan fikir sekejap apakah masalah sebenar pada UI ni? Semua nampak OK kan?

Kita mungkin tak jumpa apa-apa isu dengan UI ni, tapi Claude boleh bantu kita kenal pasti beberapa isu pada User Experience UX.
Contoh apa yang Claude jumpa

Masalah sebenar pada pelanggan ialah mereka tidak nampak dekat mana penjimatan beli tiket bundle, dan macamana nak lihat detail produk dalam bundle tersebut?
Dari penemuan Claude, kita boleh minta Claude bagi beberapa UI variation untuk selesaikan masalah ni, kita boleh pilih UI terbaik dan terus implement ke dalam app kita.

Jadi takde lah kita tunggu Claude generate lama-lama, dan akhirnya dapat result yang tidak bagus, kita terpaksa generate balik UI baru.
Dari gambar, variation A adalah yang terbaik bagi saya dan saya terus implement pada web integrasolid. Sekarang UI kita sudah paparkan penjimatan, dan juga detail produk dalam bundle. Ini adalah real case study yang saya gunakan untuk improve Integra Solid setiap hari!

Case Study 2 - UI Design
Kita akan belajar untuk hasilkan UI app seperti ini.

UI diatas nampak cantik kan? Tapi sebenarnya kita boleh improve lagi sehingga jadi UI aplikasi bertaraf professional. Dan itulah apa yang kita akan belajar dalam kelas nanti!
Apa yang anda dapat
Akses live class 3 jam, rakaman kelas untuk tonton semula, group support untuk tanya soalan selepas kelas habis, serta 2 bonus percuma (kupon kelas akan datang dan unlimited access untuk semua live edition).
Live
Kelas dijalankan secara live melalui Zoom. Link Zoom akan dihantar kepada semua yang dah daftar sebelum kelas bermula.
Bonus percuma bila korang daftar kelas ni

Daftar kelas ni, saya bagi 2 bonus percuma. Dua-dua ni korang boleh guna lama lepas kelas habis.
Bonus 1: Kupon kod untuk mana-mana kelas akan datang
Saya bagi korang kupon kod yang boleh pakai untuk mana-mana kelas Integra Solid yang akan datang. Contoh nak join 10 kelas berbeza, korang boleh guna kupon tu 10 kali.
Setiap kali saya buka kelas baru, korang dah ada kupon dalam poket. Nak sambung belajar bulan depan? Pakai kupon. Bulan lepas tu ada kelas lain yang menarik? Pakai lagi. Makin banyak kelas korang join, makin banyak kupon tu bagi penjimatan.
Bonus 2: Unlimited access untuk semua Live Edition
Ni bonus yang paling berbaloi. Korang bayar sekali je untuk Second Edition, lepas tu korang boleh join Third Edition, Fourth Edition dan semua live edition Design with Claude yang akan datang. Unlimited. Tak payah bayar lagi.
Kelas Design with Claude ni memang padat selama 3 jam. Satu malam memang susah nak serap semuanya. Kalau ada topik yang korang rasa belum betul-betul faham, atau nak tengok live terbaru, datang je edition seterusnya dan duduk dengar lagi.
Sekali bayar, semua edition live lepas ni korang boleh masuk.
Dua-dua bonus ni percuma untuk semua peserta Second Edition. Daftar sekarang, dan korang dah ada kupon untuk kelas lepas ni, serta akses dalam edition-edition seterusnya.
Butiran kelas — Second Edition
- Tarikh: 9 Disember 2026, Rabu
- Masa: 8:30 malam – 11:30 malam (GMT+8)
- Lokasi: Online Zoom