Sesi Santai Integra Solid: Bina Game dan Video dengan Claude
Cerita sesi santai 6 Oktober 2026 bersama komuniti Integra Solid. Bina game dan video dengan Claude, sambil bincang context AI, rakaman dan pembelajaran seterusnya.
Organizer Integra Solid
Pada malam Selasa, 6 Oktober 2026, kita berkumpul untuk Sesi Santai: Bina Game dan Video dengan Claude.
Terima kasih korang yang join malam tu!
Saya nak highlight satu soalan dalam chat. Seorang peserta tanya, boleh ke compact context bila dah sampai 50%, masa tengah buat kerja?
Soalan macam ni menarik. Bila kita mula guna AI, kita fikir pasal prompt. Bila dah buat kerja dengan AI, kita mula fikir macam mana nak jaga context supaya kerja boleh sambung dengan baik.
Kat situ banyak benda kita boleh bincang bersama. Sebab persoalan tu datang masa kita tengah cuba sendiri.
Ada juga yang tanya macam mana nak akses video rakaman dalam portal. Memang berguna untuk tengok semula, pause, pastu cuba ikut rentak sendiri. Masa tengok live mungkin rasa faham. Bila bukak laptop dan buat sendiri, baru keluar soalan seterusnya. ๐
Dalam chat turut ada pertanyaan tentang sesi vibe coding Sabtu dan promo untuk peserta terdahulu. Seronok tengok korang dah fikir nak sambung belajar.
Itulah yang saya suka tentang sesi santai. Kita ada ruang untuk tanya benda yang tengah mengganggu kerja kita, walaupun nampak kecil.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir. Kalau lepas sesi baru teringat nak tanya sesuatu, catat dulu. Boleh bawa ke sesi seterusnya.
Kita sambung cuba dan bina sama-sama!
Put this to work in your business.
Tell us which task eats your team's week on a free call โ or learn to build it yourself in a live class, on Zoom, in Bahasa Melayu.
Comments
0 commentsNo comments yet. Start the conversation.
to join the conversation.