Skip to content
Integra Solid Integra Solid
Toggle sidebar

Navigate

Tutorial: Suruh Claude Code Panggil Codex CLI untuk Generate Gambar

Claude Code tak boleh generate gambar sendiri, tapi dia boleh panggil Codex CLI. Satu peraturan dalam CLAUDE.md, dan gambar siap tanpa keluar terminal.

Fathur at Integra Solid

Tutorial: Suruh Claude Code Panggil Codex CLI untuk Generate Gambar

Korang guna Claude Code untuk kerja harian. Tulis code, update event, draft copy. Tapi bila sampai bab gambar, contohnya thumbnail event atau poster, kena keluar terminal, bukak tool lain, copy paste prompt, download, rename, pastu masukkan balik dalam project.

Benda kecil, tapi bila buat setiap minggu, penat jugak. Dan selalunya gambar yang keluar tu salah ejaan, tarikh tak sama dengan page event, atau logo dilukis pelik oleh AI.

Ada cara lagi senang. Claude Code memang tak generate gambar sendiri, tapi dia boleh panggil Codex CLI dari terminal. Codex ada feature image generation. Jadi kita bagi Claude jadi "pengurus", Codex jadi "designer".

Dalam artikel ni saya tunjuk flow yang saya guna sendiri: semak Codex, tambah peraturan dalam CLAUDE.md, pastu terus minta thumbnail 16:9 untuk event Integra Solid.

1. Pastikan Codex CLI dah terpasang dan login

Korang perlukan Codex CLI yang dah dipasang dan login dengan akaun ChatGPT atau API. Semak dalam terminal:

codex --version

Masa saya test, versi yang terpasang ialah v0.155.0 dan feature image_generation dah aktif. Tak perlu hafal semua ni. Paling senang, tanya Claude terus:

Kau boleh ke panggil codex cli untuk generate gambar?

Claude akan semak versi Codex dan feature yang ada, pastu terangkan cara dia nak panggil Codex secara non-interactive guna codex exec:

codex exec "Generate a poster image for ... and save it as poster.png"

Tangkap layar Claude Code mengesahkan Codex CLI v0.155.0 sudah terpasang dan boleh dipanggil guna codex exec

2. Simpan peraturan dalam CLAUDE.md

Supaya tak perlu ulang setiap kali, minta Claude simpan peraturan dalam CLAUDE.md project. Saya cuma taip:

Simpan ke CLAUDE.md, bila perlu generate gambar, panggil codex cli
dan simpan hasil dia dalam folder project ni.

Claude tambah peraturan lebih kurang macam ni:

## Image generation
- Bila perlu jana gambar, panggil Codex CLI guna: codex exec "..."
- Simpan gambar dalam folder images/ dengan nama fail yang terangkan
  isi gambar, contoh: images/poster-claude-code-101.png
- Kalau gambar sebut Integra Solid, tampal logo rasmi
  (company/logo-integrasolid.png) lepas gambar siap.
  Jangan biar Codex lukis logo sendiri.

Tangkap layar Claude Code menambah peraturan jana gambar guna Codex CLI dalam CLAUDE.md

Peraturan logo tu penting. AI image model suka "reka" logo sendiri, dan hasilnya hampir sama tapi tak betul. Lebih selamat Codex hasilkan gambar tanpa logo, pastu Claude tampal fail logo rasmi di atasnya.

3. Minta thumbnail terus dari link event

Lepas peraturan dah ada, prompt jadi pendek. Saya bagi link page event je:

Generate thumbnail 16:9 untuk event ni
https://integrasolid.com/events/chatgpt-codex-vibe-coding-beginner-third

Apa yang Claude buat sendiri:

  • Baca page event dan ambil maklumat sebenar: edisi, tarikh, masa, lokasi (Zoom) dan harga.
  • Tulis prompt untuk Codex dan panggil codex exec.
  • Tampal logo rasmi Integra Solid di kiri atas.
  • Semak semua teks dan ejaan dalam gambar.

Tangkap layar Claude Code melaporkan thumbnail 16:9 untuk event siap dijana dan disimpan dalam folder project

Sebab maklumat diambil terus dari page event, tarikh dan harga dalam thumbnail sama dengan apa yang orang nampak masa daftar. Tak ada lagi typo tarikh sebab copy paste.

Ringkasnya

Satu soalan untuk sahkan Codex boleh dipanggil, satu peraturan dalam CLAUDE.md, pastu setiap kali perlu gambar, bagi link atau brief je. Claude urus maklumat, Codex lukis, logo rasmi kekal betul, dan fail tersusun dalam project.

Flow yang sama boleh guna untuk cover blog, poster workshop, atau visual iklan. Nak belajar setup macam ni secara hands-on? Tengok workshop Integra Solid yang akan datang.

Share this article

Comments

0 comments

No comments yet. Start the conversation.

to join the conversation.

Output

Put this to work in your business.

Tell us which task eats your team's week on a free call — or learn to build it yourself in a live class, on Zoom, in Bahasa Melayu.