Beginner Bisnes Internet - Faham konsep bisnes online dalam 2 jam
Kelas malam 2 jam untuk beginner yang nak faham apa itu bisnes internet, apa bezanya dengan bisnes biasa dan kenapa ia menarik. Fokus pada konsep, bukan teknikal A sampai Z.
6 People Attending
-
Hakim
-
R J
-
Syed Wira
-
Isnita Ismail
-
Zuwairi Kamarudin
-
LEE CHEE KHEONG
About this event
Nak mula bisnes online, tapi tak tahu nak mula dari mana.
Scroll TikTok, nampak orang lain jual barang, order masuk berderet. Kita pun teringin. Buka YouTube, video pertama suruh buat dropship. Video kedua suruh buat produk sendiri. Video ketiga kata kena belajar ads dulu. Tiga video, tiga jawapan lain-lain.
Tutup phone, tidur. Esok malam ulang benda yang sama.
Sebulan dua berlalu, kita masih kat tempat yang sama.
Idea memang ada dalam kepala. Tapi tak start-start sebab tak pasti langkah pertama apa. Nak beli course, takut kena tipu. Nak cuba sendiri, takut modal habis macam tu je. Kawan-kawan sekeliling dah mula berniaga, kita masih jadi penonton. Lama-lama idea tinggal idea, kita masih tak buat apa-apa bertahun tahun.
Faham gambaran besarnya dulu.
Kelas ni 2 jam je, jadi saya tak ajar semuanya dari A sampai Z. Saya tunjuk gambaran besar supaya kita faham apa sebenarnya bisnes internet tu, macam mana ia berbeza dengan bisnes biasa, dan kenapa ramai orang tertarik dengannya.
Lepas faham konsep, kita boleh buat keputusan dengan minda terbuka: nak mula atau tak, dan nak mula ikut arah mana.
Apa yang akan dipelajari
- Apa itu bisnes internet
Kita mula dari asas. Apa maksud bisnes internet, dan macam mana orang biasa boleh berniaga dengan phone atau laptop dan internet je. - Apa beza dengan bisnes biasa
Kita banding dengan kedai atau bisnes konvensional, dari segi modal, tempat, waktu operasi dan jumlah orang yang boleh kita capai. Kat sini kita nampak kenapa bisnes internet menarik. - Nak jual produk fizikal atau produk digital
Jual barang ada stok, packing dan pos. Jual produk digital lain pula. Kita tengok kelebihan dan cabaran kedua-duanya, supaya senang kita fikir mana yang sesuai dengan diri sendiri. - Contoh produk digital yang boleh dijual
Saya bagi contoh sebenar produk digital yang orang boleh jual, contohnya ebook dan template, supaya kita nampak macam mana rupa produk digital tu. - Keperluan untuk mula bisnes internet
Apa yang sebenarnya perlu disediakan untuk mula, dari segi peralatan, masa dan modal, supaya kita tahu apa yang perlu ada dan apa yang tak perlu risau lagi. - Macam mana nak cari customer
Produk dah ada pun, orang kena tahu ia wujud. Kita faham gambaran umum cara orang dapat pembeli, secara organik dan melalui iklan, tanpa masuk teknikal yang dalam. - Kenapa ramai gagal bisnes internet
Kesilapan dan salah faham yang buat ramai orang baru berhenti separuh jalan. Kita bincang terus terang, supaya tiada harapan palsu dan kita boleh elak benda yang sama.
Sesuai untuk sesiapa yang baru nak kenal bisnes internet, tak kisah suri rumah, pelajar, pekerja makan gaji atau yang dah ada sikit-sikit jualan.
Penting: Kelas ni untuk faham konsep. Kita tak janji untung atau hasil, dan kita tak bincang teknikal tapi fokus pada konsep dan big picture.
Dikendalikan oleh Fathur Rahman dari syarikat Integra Solid
Saya sendiri jual kelas dan produk digital secara online. Apa yang saya kongsi dalam kelas ni datang dari pengalaman dan kesilapan sendiri, bukan teori semata mata.
Live Class
Kelas live melalui Zoom. Kalau ada soalan semasa kelas, kita jawab terus.
Butiran kelas
- Tarikh: 26 November 2026, Khamis
- Masa: 8:30 malam – 10:30 malam (GMT+8)
- Lokasi: Online Zoom