Skip to content
Integra Solid Integra Solid
Toggle sidebar

Navigate

Tutorial: Setup Cloudflare MCP dalam Claude Code dan Forward Email Domain ke Gmail

Connect Cloudflare MCP dalam Claude Code, terus prompt untuk forward [email protected] ke Gmail, verify alamat penerima dan test email masuk.

Organizer Integra Solid

Tutorial: Setup Cloudflare MCP dalam Claude Code dan Forward Email Domain ke Gmail

Nak guna email macam [email protected], tapi semua email masuk terus ke Gmail yang korang dah pakai?

Boleh. Kita guna Cloudflare Email Routing untuk forward email masuk, dan Claude Code dengan Cloudflare MCP untuk bantu setup domain, DNS serta routing rule.

Saya tunjuk langkah dari connect MCP sampai test email. Contoh alamat dalam artikel ni ialah placeholder. Tukar example.com kepada domain sendiri dan [email protected] kepada alamat Gmail sebenar.

Hasil yang kita nak: orang hantar ke [email protected], Cloudflare forward, korang baca dalam Gmail. Setup ni untuk menerima email. Kalau nak reply menggunakan alamat domain yang sama, kita kena konfigurasi penghantaran secara berasingan. Rujukan: Cloudflare Email Service.

1. Sediakan domain, Gmail dan Claude Code

Korang perlukan domain sendiri yang DNS-nya aktif di Cloudflare, akses ke account Cloudflare tersebut, Gmail yang boleh korang buka untuk verification, dan Claude Code yang dah dipasang serta boleh digunakan.

Domain boleh dibeli di registrar lain. Yang diperlukan untuk Email Routing ialah menggunakan Cloudflare DNS. Kalau nameserver masih belum diarahkan ke Cloudflare, selesaikan bahagian tu dahulu. Rujukan: keperluan Email Routing.

Kalau domain dah guna email hosting seperti Google Workspace atau Microsoft 365, beritahu Claude. Prompt di bawah minta Claude laporkan sebelum menukar MX, sebab rekod tu menentukan ke mana email masuk dihantar.

2. Tambah Cloudflare MCP dalam Claude Code

Bukak terminal biasa dan run command ni:

claude mcp add --transport http --scope user cloudflare-api https://mcp.cloudflare.com/mcp

--scope user menjadikan server ni tersedia untuk user korang merentas project. Kalau nak hadkan pada project semasa, guna --scope local.

Kita guna endpoint Cloudflare API MCP rasmi supaya Claude boleh cari operasi API yang diperlukan untuk urusan email dan DNS. Rujukan: Cloudflare MCP rasmi, command dan scope Claude Code.

Semak konfigurasi, pastu bukak Claude Code:

claude mcp list
claude mcp get cloudflare-api
claude

Dalam session Claude Code, taip:

/mcp

Pilih cloudflare-api dan ikut pilihan authenticate/login yang dipaparkan. Browser akan bukak flow OAuth Cloudflare. Login dan pilih account serta permissions untuk task ni. Lepas selesai, semak status connection melalui /mcp. Rujukan: authentication MCP.

3. Terus minta Claude setup forwarding

Lepas MCP dah connect, terus beritahu Claude apa yang korang nak. Contoh:

Guna Cloudflare MCP untuk setup email forwarding:
[email protected] ke [email protected].

Urus setup Email Routing dan DNS yang diperlukan.
Kalau Gmail perlu verification, beritahu saya.
Kalau domain dah guna email provider lain, laporkan sebelum tukar MX.
Guna semula konfigurasi yang dah betul supaya tak duplicate.

Tukar [email protected] kepada alamat email domain korang dan [email protected] kepada Gmail penerima. Kedua-duanya contoh sahaja.

Claude akan cuba cari domain dalam account Cloudflare, semak konfigurasi sedia ada dan buat setup melalui MCP. Korang tak perlu susun setiap API call sendiri. Kalau akses tak cukup, Claude boleh laporkan permission yang diperlukan. Rujukan: Cloudflare MCP.

Email Routing menyokong rule yang forward ke destination address yang verified. Rujukan: forwarding rule.

4. Verify Gmail kalau diminta

Kalau Gmail tu belum verified, bukak email daripada Cloudflare dan klik Verify email address. Semak Spam kalau tak jumpa. Kalau destination dah verified, boleh teruskan.

Lepas klik, balas dalam session Claude yang sama:

Dah verify Gmail. Semak status verification dan sambung setup
forward [email protected] ke [email protected] tadi.
Lepas siap, semak semula routing rule dan DNS.

Rujukan: verification destination address.

5. Test email masuk ke Gmail

Hantar email ke [email protected] daripada account lain yang berbeza daripada Gmail destination. Semak inbox serta Spam. Jangan test menggunakan Gmail destination yang sama kerana sesetengah provider boleh membuang mesej yang kelihatan dihantar kepada diri sendiri. Rujukan: test routing rule.

Kalau email belum sampai, terus minta Claude semak dengan prompt biasa:

Email yang dihantar ke [email protected] belum masuk ke
[email protected]. Tolong semak dan betulkan setup forwarding.

Tukar alamat contoh tu kepada alamat korang.

Kalau nak reply dari alamat domain sendiri?

Gmail boleh guna Send mail as untuk hantar dan reply sebagai [email protected] melalui SMTP provider. Contohnya, kita guna Brevo SMTP untuk email keluar, sementara Cloudflare terus forward email masuk ke Gmail.

Saya dah sediakan tutorial Gmail Send mail as dengan Brevo SMTP, siap setting server, port, verification dan screenshot contoh.

Pilihan ini bergantung pada availability akaun. Google menyatakan Send as untuk alamat pihak ketiga akan tamat mulai Januari 2027; identiti Gmail dan Google Workspace tidak terjejas. Rujukan Google.

Itu flow yang kita nak: connect MCP, terus minta Claude setup forwarding, verify Gmail kalau diminta, pastu test email masuk. Korang dapat alamat email domain sendiri dan terus baca email masuk dalam inbox yang dah biasa digunakan.

Dokumentasi rasmi disemak pada 7 Oktober 2026. Artikel ni ialah panduan setup dengan contoh placeholder, bukan laporan perubahan pada account pembaca.

Share this article

Comments

0 comments

No comments yet. Start the conversation.

to join the conversation.

Output

Put this to work in your business.

Tell us which task eats your team's week on a free call — or learn to build it yourself in a live class, on Zoom, in Bahasa Melayu.