Claude Code Untuk Meta Ads Marketer
Pilih persona, cari marketing angle, jana copywriting, poster dan landing page untuk Meta Ads, semuanya terus dari Claude Code.
7 People Attending
-
nik ahmad kamal ariffin bin nik has
-
Johnny Beh
-
Huraizah Aziz
-
Lin A
-
Mohd syafiq akmal Mohd aini
-
Jamal Muhammad Hakim
1 more person is attending. Get a ticket to see who they are.
About this event
BUAT META ADS TAK SEPATUTNYA AMBIL MASA BERHARI-HARI.
Pilih persona. Cari marketing angle. Tulis headline dan copywriting. Rancang visual. Buat design. Siapkan landing page. Kemudian create campaign, ad set dan ads satu per satu dalam Ads Manager.
Satu produk, satu persona, satu angle pun dah makan masa. Bila nak test banyak angle, kerja jadi berganda.
Dalam kelas ini, anda akan belajar jadikan Claude Code sebagai pasukan marketing anda. Dari pilih persona sampai landing page siap, semuanya dibuat terus dari Claude Code.

Mungkin anda dah nampak posting saya di Facebook
Ini cara saya buat kerja Meta Ads sekarang. Saya taip apa yang saya nak dalam Claude Code, dan Claude yang jalankan kerja.
Pada 21 Oktober, saya kongsi 30 Meta Ads dengan angle yang berbeza. Setiap satu lengkap dengan poster, landing page khas untuk angle tu dan copywriting yang disesuaikan. Semuanya dari Claude Code, dan semuanya jalan serentak untuk lajukan proses. (Angle dan slug dalam gambar ni saya ganti dengan dummy.)

Pada 1 November, saya naikkan lagi. 8 Claude Code agent bekerja serentak, setiap satu siapkan poster, copywriting dan Meta Ads untuk angle iklan yang berbeza. Bila semua 8 jalan serentak, kerja siap lebih cepat.

Dalam kelas ini, saya tunjuk macam mana anda boleh buat benda yang sama untuk produk anda sendiri.
Apa yang anda akan belajar
1. Cara pilih persona untuk produk
Siapa sebenarnya yang patut anda target? Belajar cari dan pilih persona yang paling sesuai dengan produk anda.
2. Cara pilih marketing angle untuk persona
Satu persona boleh ada banyak sebab untuk beli. Belajar pilih angle yang paling kuat untuk setiap persona.
3. Cara generate ads copywriting untuk setiap marketing angle
Primary text, headline dan CTA untuk setiap angle, dijana direct dari Claude Code.
4. Cara mudah generate poster untuk setiap Meta Ads
Setiap iklan ada poster sendiri. Belajar jana poster direct dari Claude Code, tanpa buka tool design.
5. Cara siapkan landing page
Landing page untuk iklan anda, siap direct dari Claude Code.
Bonus
Teknik hasilkan Meta Ads target ke multiple landing page variation + multiple marketing angle
Satu produk, banyak variation landing page, banyak angle. Belajar cara susun supaya setiap iklan hantar prospek ke landing page yang sepadan dengan angle iklan. Makin relevan landing page, makin tinggi peratus conversion!

Nilai yang anda dapat dari kelas ini
Cuba kira kalau kerja yang kita belajar dalam kelas ni anda upah orang buat. Ini anggaran kasar harga pasaran di Malaysia untuk satu produk dengan 5 angle iklan:
- Pilih persona dan marketing angle (kerja strategi atau konsultasi): RM500 – RM1,500
- Ads copywriting untuk 5 angle (primary text, headline, CTA), kira-kira RM50 – RM150 satu angle: RM250 – RM750
- Poster untuk 5 iklan, kira-kira RM50 – RM150 satu poster: RM250 – RM750
- Landing page untuk 5 angle, kira-kira RM200 – RM600 satu variation: RM1,000 – RM3,000
Jumlah anggaran: RM2,000 – RM6,000 untuk satu produk sahaja.
Itu baru 5 angle. Kalau anda nak test 10 atau 20 angle macam yang saya tunjuk di atas, kos upah naik berganda. Dalam kelas ni, kita belajar buat semuanya sendiri dari Claude Code, jadi kerja yang biasanya diupah tu anda boleh buat sendiri untuk produk anda.
Masa pun ada nilai. Kerja yang biasanya makan berhari-hari, kita belajar siapkan dalam satu Claude session. Dan cara kerja ni boleh anda ulang setiap kali ada produk atau tawaran baru.
Angka di atas anggaran kasar sahaja. Harga sebenar berbeza ikut freelancer atau agensi, dan ikut kerumitan produk anda. Yuran kelas ni pun kurang daripada upah satu landing page.
Butiran kelas
Claude Code Untuk Meta Ads Marketer
- Tarikh: Selasa, 17 November 2026
- Masa: 8.30 malam – 12.00 malam (GMT+8)
- Lokasi: Online melalui Zoom (link dihantar selepas pendaftaran)
- Bahasa: Kelas 100% Bahasa Melayu
Live
Semua ni kita buat live. Kita try and error sama-sama. Semua soalan saya akan cuba jawab nak bagi korang semua faham.
Recording
Recording ada disediakan jika terlepas kelas live ni.
Group support
Group support via Whatsapp untuk diskusi lanjut.