Skip to content
Integra Solid Integra Solid
Toggle sidebar

Navigate

Claude Code Vibe Coding untuk orang baru - Second Edition - Dari website sehingga aplikasi web pertama sebagai beginner! banner
Online

Claude Code Vibe Coding untuk orang baru - Second Edition - Dari website sehingga aplikasi web pertama sebagai beginner!

This event ended on 25 July 2026. See more events

Second Edition kelas sehari vibe coding: dari website sehingga aplikasi web pertama sebagai beginner.

Schedule Sat, 25 July 2026, 09:00 AM - 05:00 PM GMT+8 • Asia/Kuala_Lumpur
Location & Access Online — access details are shared with registered participants.

About this event

Vibe Coding 101 dengan Claude Code: Ada Idea Tapi Tak Tahu Coding? Bina 3 Projek Sebenar Dalam Sehari.

Kita semua ada idea, app, tool, atau bisnes yang dah lama tersimpan dalam kepala. Yang menghalang selama ni cuma satu perkara: tak tahu coding. Kelas ni buang halangan tu sekali untuk semua. Dalam satu hari, kita akan bina tiga projek sebenar, sebuah website, sebuah PWA app yang boleh install dalam telefon, dan sebuah web app yang ada pengurusan produk, pelanggan, dashboard dan payment gateway, tanpa menulis satu baris code pun. Kita cuma cakap apa yang kita nak dalam Bahasa Melayu, Claude yang binakan.

Untuk siapa kelas ini

  • Pemilik bisnes yang dah lama ada idea website atau tool, tapi tak tahu nak mula
  • Marketer & founder yang nak uji idea dengan cepat, tanpa tunggu atau upah developer
  • Pelajar dan pemula yang penuh idea tapi rasa coding terlalu susah
  • Sesiapa yang asyik terfikir "kalaulah aku boleh bina sendiri idea ni"

Idea besar hari ini

Kita bukan belajar coding. Kita belajar cara brief seorang staff yang pandai coding. Kita bawa idea, Claude tukar jadi kod sebenar. Kita jadi boss, dia buat kerja, kita tengok hasil, bukan baca code. Semudah itu sepanjang hari.

Apa yang kita akan bina

1. Website sendiri (jam pertama)

Satu laman web yang cantik dan boleh share link - profil diri, portfolio, atau muka depan bisnes. Inilah kemenangan pertama, dalam masa kurang sejam.

Contoh arahan: "Buatkan laman web profil untuk kedai kopi saya. Warna coklat, ada menu dan butang WhatsApp."

2. Game matematik untuk anak-anak - sebagai app (PWA) (jam kedua)

Kita bina satu game baru dari kosong: game matematik yang ceria (tambah, tolak, darab, bahagi) untuk kanak-kanak, kemudian jadikan ia app yang boleh install terus dalam telefon dengan ikon sendiri. Sesuai sangat untuk parent dan cikgu, bawa balik sesuatu yang anak betul-betul boleh main.

Contoh arahan: "Buatkan game matematik untuk kanak-kanak dengan soalan tambah, tolak, darab dan bahagi, empat pilihan jawapan, skor dan watak comel. Lepas tu jadikan ia boleh install dalam telefon macam app."

3. Web app kedai online sebenar dengan login & database (sesi utama)

Sesi paling besar. Kita bina satu kedai online yang berfungsi penuh: pelanggan log masuk, layari produk, dan buat tempahan yang tersimpan dalam database. Kita pula sebagai admin boleh masukkan apa-apa produk yang kita nak jual dan urus semua tempahan. Tambah butang bayaran (optional), dengan payment gateway.

Contoh arahan: "Buat kedai online di mana pelanggan boleh log masuk dan tempah. Saya nak halaman admin untuk tambah produk sendiri dan lihat semua tempahan."

Screenshot dibawah adalah projek sebenar yang kita akan belajar bina

Jadual penuh

25 Julai 2026 · 9:00 pagi – 5:00 petang (GMT+8) · Online

  • 9:00 – 9:20 — Selamat datang + mindset Agentic
  • 9:20 – 10:00 — Projek 1: Website sendiri
  • 10:00 – 11:00 — Projek 2: Game matematik untuk anak-anak (PWA)
  • 11:00 – 1:00 — Projek 3: Mula bina web app
  • 1:00 – 2:00 — Rehat
  • 2:00 – 4:30 — Siapkan sistem sales page: login, pengurusan admin & bayaran
  • 4:30 – 5:00 — Soal jawab

Kenapa kelas ini lain

  • Projek sebenar, bukan teori semata - terus belajar praktikal
  • Tiada code untuk dihafal - semua arahan dalam Bahasa Melayu
  • Tiga target jelas - siap satu projek setiap sesi
  • Prompt library - prompt lengkap akan diberikan, bersama teknik prompting

Apa yang perlu disediakan

  1. Laptop (Windows, Linux atau Mac) & internet stabil - tak perlu spec tinggi
  2. Langganan Claude - wajib subscribe sebelum kelas untuk mudah ikuti sesi
  3. Semangat nak cuba - tak perlu tahu apa-apa pasal coding

Penting: Langganan Claude perlu siap sebelum kelas bermula. Peserta yang belum subscribe sukar untuk mengikuti sesi praktikal, jadi pastikan ia settle awal.

Dikendalikan oleh Fathur Rahman dari syarikat Integra Solid

Kelas ini dikendalikan oleh pengajar di belakang siri Claude Code 101, yang berpengalaman melatih peserta gunakan Claude Code dalam projek sebenar.

Soalan lazim

Saya betul-betul tak pernah coding. Boleh ikut tak?
Boleh, inilah orang yang kelas ini direka untuk. Kita mula dari kosong dan semua arahan dibuat dalam Bahasa Melayu biasa.

Laptop saya biasa-biasa je, cukup ke?
Cukup. Mana-mana laptop yang boleh layari internet sudah memadai.

Lepas kelas, projek tu jadi milik saya?
Ya, sepenuhnya. Website, PWA, dan web app yang kita bina adalah milik kita untuk dikembangkan atau digunakan.

Live

Semua ni kita buat live. Kita try and error sama-sama. Semua soalan saya akan cuba jawab nak bagi korang semua faham.

Butiran kelas

  • Tarikh: 25 July 2026, Sabtu
  • Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang (GMT+8)
  • Lokasi: Online (link dihantar selepas pendaftaran)

Recording

Recording ada di sediakan jika terlepas kelas live ni.

Group support

Group support via Whatsapp untuk diskusi lanjut.

Pelaburan RM149 Yang Pulang Modal Selepas Satu Projek

RM149 bukan yuran kelas, ia pelaburan ilmu. Upah orang bina satu website atau app sahaja boleh cecah ratusan hingga ribuan ringgit. Hari ni kita bina tiga projek sebenar dan bawa balik kemahiran untuk bina apa saja sendiri, berulang kali, tanpa tunggu sesiapa. Satu website yang kita jual nanti dah cukup pulangkan modal.

Untuk RM149, kita dapat sehari penuh bimbingan langsung, tiga projek siap (website, game app, dan kedai online), dan kemahiran vibe coding yang kekal milik kita selamanya.

Tempat terhad. Daftar sekarang sebelum penuh.

Group photo selepas tamat kelas CCUOB First Edition pada 20 Jun 2026

Sebarang pertanyaan atau masalah boleh terus wasap disini

Wasap Integra Solid

Event Tickets

Ticket sales closed — this event has ended

This event has ended.

Missed it? Join the waitlist

Be the first to hear when this event runs again.

Name
Email
Phone
Share This Event

More events

Preparing your tickets…

Get Tickets

Claude Code Vibe Coding untuk orang baru - Second Edition - Dari website sehingga aplikasi web pertama sebagai beginner!

1

Tickets

No tickets are currently on sale.

2

Your details

Already have an account?
Full name *
Email *
Phone *
Job title *
Company *

Your tickets will be saved to the account for this email address.

3

Confirm and agree

I accept the terms and conditions

This includes our Terms of Service, Privacy Policy, and Refund Policy.

Total
RM 0.00

Secure checkout