Marketing 101 for technical people
Kelas malam asas marketing untuk orang teknikal, keluar dari The Builders Trap dengan push, pull dan affiliate marketing.
About this event
Support
Ada masalah atau pertanyaan? Klik untuk chat
Buat SAAS spend masa berbulan-bulan, habis berpuluh ribu bayar developer, tapi bila nak marketing tak tahu nak buat apa, lalu sambung buat feature baru?
Orang teknikal ni, bila nak buat bisnes, dia asyik buat hal teknikal je, marketing out. Produk bagus, tapi tak gerak. Takde sales. Kenapa dia tak buat marketing? Sebab marketing ni totally different mindset dari teknikal, jadi otak rasa susah, quick escape ialah kembali buat benda yang mahir (teknikal). Akhirnya produk mati dengan perlahan kerana kita sibuk buat hal teknikal sahaja.
Fenomena ni di panggil The Builders Trap. 
Cara nak escape trap ni ialah dengan belajar asas marketing sehingga kita faham kenapa marketing sangat penting untuk produk kita, dan bukannya sekadar lepas batuk di tangga.
Objektif Kelas
Lepas habis kelas ni, kita akan tune minda untuk berfikir sebagai orang marketing dan bukan lagi orang teknikal semata, dan kita akhirnya nampak jalan untuk marketkan produk dengan lebih berkesan.
Tajuk 1 - Mindset: Kenapa Developer Perlu Tahu Marketing?
- Perbezaan marketing mindset vs teknikal mindset
- Kenapa teknikal mindset boleh jadi batu penghalang kepada bisnes growth
- Kenapa produk bagus tak semestinya laris
- Marketing funnel - flow dari awareness sehingga jadi customer
- Customer avatar - siapa sebenarnya orang yang kita nak bantu
- Customer beli "outcome", bukan feature
Tajuk 2 - Push Marketing - Bila kita pergi cari customer
- Apa itu Push Marketing?
- Pengenalan kepada Facebook Ads
- Pengenalan kepada Micro Influencer marketing
- Case study Facebook Ads
Tajuk 3 - Pull Marketing - Bila customer datang cari kita sendiri
- Apa itu Pull Marketing?
- Pengenalan kepada Google Ads
- Pengenalan kepada SEO
- Case study Google Ads
Tajuk 4 - Affiliate Marketing - Bila orang lain marketing produk kita
- Apa itu Affiliate Marketing
- Kenapa Affiliate Marketing works
- Dekat mana nak cari affiliate?
- Case study Affiliate Marketing
Tajuk 5 - Soft Selling di Social Media
- Apa itu Soft Selling
- Kenapa Hard Selling di Social Media tidak berkesan
- Kenapa Soft Selling works
- Teknik Soft Selling
Tajuk 6 - Tieing it all together
- Top level view of marketing effort
- Banyak mana effort nak spend dekat marketing?
- Balancing marketing effort with engineering effort
Peserta Sesuai
Developer, engineer, technical founder, dan orang teknikal yang tak tahu bagaimana nak pasarkan produk, hanya stuck pada The Builders Trap.