WordPress Theme & Plugin development with AI
Kelas malam membina custom WordPress theme dan plugin dengan bantuan AI, dari mockup HTML sehingga theme siap.
About this event
Belajar bina custom WordPress theme dan WordPress plugin dengan AI
Tahun 2026 zaman AI ni rugi kalau masih lagi bina website WordPress cara lama.
Cara lama, client nak website, kita spend masa lama nak mockup, then bila client setuju design, barulah kita edit Elementor Breakdance dll untuk dapatkan design yang sama dengan mockup. Proses yang memakan masa yang lama dan sangat teknikal untuk siapkan projek.
Cara baru zaman AI, kita generate beberapa mockup HTML dengan AI, client bagi feedback dan kita iterate dengan cepat sehingga client setuju dengan design. Lepastu instead of kita customize satu-satu theme sampai jadi macam mockup, cara lebih mudah ialah kita hanya perlu minta AI ubah HTML tersebut jadi WordPress theme. Proses lebih cepat dan mudah.
Kerja berminggu boleh jadi kerja sehari je.Kerja cepat siap, kita fokus untuk cari dan siapkan projek client baru. Lebih banyak masa lapang dan lebih banyak pendapatan.
Kalau korang belum kuasai cara baru zaman AI ni, jangan risau hari Khamis ni saya akan buat kelas WordPress Theme & Plugin development dengan AI.
Dalam kelas ni saya ajar bagaimana nak utilize AI untuk mudahkan kerja pembangunan website WordPress, dan bonus kita juga belajar bina Plugin.
Apa yang kita akan belajar malam tu
Custom WordPress Theme
- Design website HTML guna AI
- Convert HTML kepada WordPress theme
- Setup WordPress theme boleh dikemaskini content menggunakan Custom Post Type dan Custom Fields
- Setup custom WordPress theme untuk tetapan SEO
Custom WordPress Plugin
- Kita belajar buat custom plugin untuk floating Whatsapp button, siap dengan setting admin
- Kita belajar buat custom plugin untuk region block, contohnya block pelawat dari negara Indonesia dari buka website kita
Semua ni kita buat dengan AI, tak perlu sentuh code!